Khamis, 19 September 2013

NOTIS BERKAITAN KAWASAN PARKIR KERETA DAN KENDERAAN ROSAK

1.     Dimaklumkan bahawa pihak JMB KELANA IDAMAN 5 telah mendapat aduan daripada penduduk blok 5 tentang kesesakan kawasan parkir yang dikhaskan untuk kegunaan penghuni blok 5 serta aduan tentang kenderaan rosak yang ditinggalkan dalam kawasan blok 5. Sehubungan dengan itu Pihak JMB memohon tuan punya kenderaan atau kenderaan yang rosak yang telah lama ditinggalkan hendaklah dialih ke tempat lain.


2.     Pihak JMB akan membuat susulan terhadap aduan ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pemilik kenderaan yang terbabit. Sekiranya pemilik ingkar dengan penmakluman ini, pihak JMB akan membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasa MBPJ. Tindakan pihak JMB ini adalah selaras dengan akta yang diberikan kepada JMB, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan-Akta 663).

Sabtu, 13 Julai 2013

Sesi Perbincangan antara Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama dengan Pemilik Petak akan diadakan Pada 20 Julai 2013 (Sabtu)

Selamat Datang ke Kelana Idaman Apartment.